Always in your mind....., Always in your eye......, Always with you......., Forever..
Thursday, 26 January 2012
Daripada Asma' binti U'mais ra, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri baginda Saw),dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan Aisyah) , Asma' binti Abu Bakar.Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain).Apabila Rasulullah Saw melihat keadaan Asma' sedemikian,lantas Rasulullah Saw bangun dan keluar dengan cepat.Apabila Aisyah melihat Rasulullah Saw keluar dengan cepat,maka dia berkata kepada kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah Saw ) : ”Beredarlah,sesungguhnya Rasulullah Saw telah melihat perkara yang tidak disenanginya." Setelah Asma' beredar,maka Rasulullah Saw datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah.Maka Aisyah terus bertanya,mengapa baginda bangun dan terus keluar?Maka jawab baginda Saw :ADAKAH KAU TIDAK MELIHAT KEADAANYA (IAITU KEADAAN ASMA' BERPAKAIAN) ?SESUNGGUHNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH ITU TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN SESUATU DARI TUBUH BADANNYA MELAINKAN INI DAN INI (RASULULLAH SAW MENUNJUKKAN PERGELANGAN TANGANNYA DAN MENGGENGGAMNYA DAN JUGA RASULULLAH SAW MENEKAPKAN KEDUA TANGANNYA KE PIPINYA UNTUK MENUNJUKKAN MUKA SAHAJA).Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (H.R. Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)
